QAISER: Juara Angkat Berat Negara (Bakal)

4
COM

Sticky post buat sementara waktu

Ini mesti dia nampak bapak dia gigih angkat besi kat rumah. Si Qaiser ni memang Ayah’s biggest fan. Sume nak macam ayah.

Tang main make up je nak macam mommy –_-“

Tolong klik facebook link di bawah dan vote untuk atlet angkat berat ni ye.

Facebook link: http://bit.ly/xew9v6

p/s: Nampak pulak toksu tengah berjalan nak ke kebun. Miahahahha

Nak habuan jugak ke? Lama dah x bagi korang hape-hape. Haku bagi beg simpan make up / brooch / aksesori nak?

sk3

SK-II Beauty Cosmetic / Gift / Collection Box. Un-used

Ala, beg je? Isi x da?

Takda.. hehehe. Haku da sebat dulu

sk1

Dimension: 7” x 7” x 3”. Ada riben kaler kuning / gold (boleh ikat kalo nak buat kotak hadiah)

Warna: maroon di luar, beige di dalam

Box keras dengan penutup magnet yang kuat.

Bahagian luar adalah kulit dan di dalamnya adalah
baldu. Juga baldu bahagian tapak.

Ada cermin di dalam. Juga ada poket kecil di
dalam.

sk2

Ada pemegang di bahagian atas

Dah vote, tulis kat komen k. Sorang jee haku bagi.

p/s: Seperti biasa, korang tipu cakap dah vote pun macam lah haku tahuuu.. Hahahahahha

SKMM ; Cayalah!

5
COM

Dalam entry sebelum ni, kalo perasan, 1st email haku adalah “Aduan SKMM”. Demi menjadi warganegara yang bertanggungjawab / kepochi, haku saje je email kepada SKMM.

Kes hape? Meh baca!

Jenis Perkhidmatan
Type of Service
TELEFON SELULAR/CELLULAR PHONE » DIGI

Definasi Masalah
Problem Definitionn
COMPLAINT » SMS » SCAM

Huraian Masalah
Problem Description
Selamat Pagi. Saya menerima sms penipuan daripada 0145553645 mengatakan Sim Card meraih kemenangan RM19000 daripada bonuslink. Dan pihak tersebut memberi nombor talian 0128101094 untuk dihubungi. Apabila di-google nombor 0128101094, dilihat ia adalah nombor telefon untuk website: http://berjayaelektro.com/ yang mana adalah website jual beli alat elektronik seperti handphone dll. Mohon pihak SKMM memantau aktiviti jual beli online ini dikhuatiri pelanggan ditipu mereka. Juga sila semak details pengguna yang didaftarkan kepada kedua nombor hp tersebut supaya dihentikan perkhidmatan dan di-ban daripada mendaftar atas nama yang sama.

-------

Seingat haku la nokkks, even beli prepaid pun kena register kan? Time-time haku pakai prepaid dulu, sebelum sebulan dah kena register nama dan IC bla3.

Sebenarnya yang buat scam macam ni bukannya Malaysian. Ini set-set Bangla ni. Haku google forum. Orang cakap bila called, dia mintak top up RM60. Lepastu later akan bank in RM19000 tu.

Masa baca SMS tu haku da gelak2. Bahasa pun tak proper BM. BM campur English. Haku pk, meh haku scam ko pulak kat SKMM, nak??!

-----

Ni reply daripada SKMM. Sepantas kuda la kau!

No. Aduan: 0793/03/12 

Tarikh: 27 Mac 2012

NURUL QASTALANI

Tuan,

ADUAN PERKHIDMATAN KOMUNIKASI (SMS PENIPUAN)

Merujuk kepada perkara di atas.

Setelah diteliti aduan tersebut, pihak kami mendapati bahawa ianya adalah berkenaan kegiatan penipuan yang dijalankan melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) dan adalah di luar bidangkuasa SKMM untuk mengambil tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Untuk makluman tuan/puan, penipuan adalah merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 420, Kanun Keseksaan yang mana pihak Polis merupakan pihak berkuasa bagi kesalahan sedemikian. Justeru itu, pihak kami menasihatkan tuan agar membuat laporan di mana-mana balai polis untuk tindakan pihak berkenaan. Pihak kami bersedia memberi kerjasama kepada pihak polis sekiranya diperlukan.

Adalah dimaklumkan, pihak SKMM turut mengajukan aduan sedemikian kepada pembekal perkhidmatan selular terbabit dan akan terus memantau dan bekerjasama dengan pembekal-pembekal perkhidmatan selular dalam meningkatkan kesedaran awam mengenai aktiviti-aktiviti penipuan yang boleh dilakukan melalui perkhidmatan ini serta memberi peringatan kepada para pengguna agar berhati-hati serta tidak memberikan sebarang maklumat  peribadi kepada mana-mana pihak yang diragui kesahihannya.

Terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BIRO ADUAN PENGGUNA
Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

-------

Bila cakap kena report polis, ala.. tu yang haku malas. Bukannya duit haku kena curi. Kalo ada report polis secara online, tahan la jugakk kan…

Ceh, semangat berkobar-kobar dah padam!

Sync Contact From Blackberry to Gmail

1
COM

Pengguna blackberry sekalian alam, sila lah sediakan payung sebelum hujan. Koman-koman pun beli baju hujan.

Hazab tau bila semua contact lists hilang daripada simcard bila bb rosak.

Luckily ada google sync. Masa mula-mula nak buat tu memang rasa macam x penting. Tapi sebenarnya perlu!! In case lah dah jadi macam haku ni kan…

Untuk get started to sync, pergi sini: http://support.google.com/mobile/bin/answer.py?hl=en&answer=82619

Nanti kendian hari, ko bole check semula phone contacts tu di email gmail masing-masing. Caranya:

1. Buka gmail.

goo

2. Ko klik “Gmail” tu, akan keluar drop-down list. Select “Contacts”

3. Keluar lah segala contact list yang di-sync dahulu.

Amacam?

Sekarang bermula lah salin satu persatu ke dalam telefon spare korang tu..

p/s: Kalau ada cara lain, please share!

Tawaran Kursus Kesihatan di UMP?

2
COM

Rata-rata graduan SPM tahun ni dapat 1 surat tawaran yang kata suruh datang UMP 24 – 25 Mac 2012, bawak photocopy IC bla3, bawak duit RM450 bla3, kan? Dalam tajuk surat tawaran tu kata ada berkaitan dengan “Kesihatan” bla3.

2-3 orang parents tanya haku pasal kursus nih. Haku cuma bole cakap setakat pengetahuan haku. Jawapan standard haku; “Tak pasti lah kak. Setahu saya UMP ni universiti kejuruteraan. Tak tau lah kot lepas ni nak buat kampus kesihatan pulak”.

Tutup cerita.

Kalau 2-3 orang bertanya, means most parents yang terima surat tawaran tu juga tertanya-tanya.

Buah fikiran no 1: “Anak haku dapat offer belajar jadi jururawat kat UMP”

Buah fikiran no 2: “ Tak jururawat pun tapi at least mesti belajar something yang berkaitan dengan bidang-bidang kesihatan di UMP”

Sebab venue nye di UMP. Dalam kepala surat nya kata “kesihatan”

Haku pergi Ahad tu. Saje nak menyibuk. Rata-rata nya kecewa.

Sebab:

  1. Bukan belajar di UMP. Dan ini bukan IPTA. Ia adalah kursus-kursus di institut swasta. Bukan nak cakap IPTS x bagus. Tapi kalau x gah macam Lim Kok Wing, Uniten, MMU, UTP, atau UniSEL, mula la parents ni tak yakin.
  2. Bukan kesemuanya kursus jururawat. Lepas register, tunggu sesi yang sepatutnya (menunggu lama asik drag aje dari pukul 11am ke 11.15am then 11.45am pulak). Lepas masuk dewan kuliah, ada interview-interview. Kalau tengok sijil / keputusan yang kau bawak tu menepati minimum requirement mereka, then kamu akan diserap. But kalo x menepati, tengok pulak course apa yang kamu layak.
  3. Tapi kebanyakan mereka mencebik bila keluar dari dewan interview. Berasa tertipu sebab ingatkan boleh belajar di UMP. Bila dengar keluhan dorang tu, rasa bangga pulak. Ahahahha. “Memang kira menjadi pilihan jugak lah UMP nih!”. Zaman haku belajar dulu, antara haku dan rakan-rakan dulu kira rela-paksa aje. Lepastu baru tercinta.

Kes seperti ini diumpamakan seperti ko pergi shopping dan nampak 14 set periuk Tefal harga RM12.90 . Laju je ko rembat dan nak pi bayar. Sampai kat kaunter rupanya cashier punch RM1290. Terkedu ko kat situ. Sebab rupanya pada tag tu ada terletak titik.

Jadi kesimpulan yang haku pikir, IPTS buat program sebegini di UMP baru-baru ini namanya adalah MARKETING. Kalau nak ikutkan, pada masa yang sama, ada je IPTS lain buat program yang lebih kurang sama di Hotel Zenith, Kuantan.

Kasihan tengok family yang datang jauh-jauh. Mereka fikir dah confirm anak nak belajar course kejururawatan di UMP. Ada yang siap sewa kereta, ada yang siap bawak bekal nasi / kain piknik ingat “tawaran” ni terus kira register.

Mungkin silap parents tu sendiri sebab x call dahulu ke hape ke kan.

Digi Bill Usage: RM24.68. Biar betol??

1
COM

getMonthlyTrendReport.do

Nak tergolek haku bila tengok bill bulan ni < RM100! Ish, biar betol!

Maksud bill usage adalah sms, mms, dan call out. Maksudnya bulan ni cuma RM24.68 untuk 3 aktiviti ni.

Ni belom termasuk dengan servis Package BIS Blackberry (RM10) + Digi Smartplan Internet Unlimited (RM68). Jadi tiap-tiap bulan, RM78 ni adalah wajib. Total dengan bill usage, baru RM90.82.

Tapi.. kan bb haku rosak. (Dah selamat ada pada Brightstar, PJ). Haku called Digi Customer Service untuk stop kan dulu Digi Smartplan dan BIS tu. Mana la tahu.. sementara pakai henpon yang bukan smartphone ni, kot-kot2 bole berjimat sikit ke kan sementara nak tunggu sebulan bb siap repair.

Dorang cakap, BIS RM10 memang boleh potong. Tapi Internet unlimited kalau dipotong, rugi. Sebab kalo nak reconnect, kena purchase yang baru. Zaman sekarang dah xda servis operator nak buat “unlimited” ni. Contoh;

RM48

1Gb

RM68 3Gb
RM88 5Gb

Haku punya masih lagi 3Gb. Tapi, bila kita dah sibuk tengok youtube, sibuk dengan google resepi kat internet, sekali penggunaan internet kita dah mencecah 3Gb.

Disebabkan haku unlimited, bila dah exceed 3Gb, kelajuan untuk buka internet tu maintain 128 kb/sec

Berbeza dengan RM68 yang ko subscribe sekarang, bilah dah exceed 3Gb, kelajuan dia hanya 5 kb/sec. Maksudnya memang haram la ko dapat bukak. Memang tak bole surf dah la dengan bb ko tu.

p/s: sebelum ni bill mahal sebab haku rajin telefon talian 100 atau 1300 untuk report itu dan ini kan.. Rupanya sekali call tanya soal siasat itu ini sampai 20 minit rupanya dah makan RM8++. Bila ditengok-tengok balik bill tu, sekali gayut tepon dengan tok laki pun x sampai 5 minit! Ahahaha. Itu tandanya suami isteri. Nak-nak yang ada anak jenis berebut henpon. Mcm orang pregnant nak makan la.. “Makan sikit tetapi kerap”. Gini tepon kejap-kejap tapi kerap. Kalo gefren bofren, gayut sampai terputus line after sejam setengah, then sambung call borak lagi!

Tahniah 559 calon SPM 2011

3
COM
559 ni yang straight A+. Yang tak A+, yang masih cantik result nya walaupun bukan straight A+ pun sure melembang banyaknye.

Cuma 1 je haku mintak kat korang-korang yang hebat-hebat SPM ni. Nanti yang nak masuk Uni, tolong lah reti-retikan menulis simbol untuk unit measurement.

  • Kalo cikgu cakap kat depan unit meter, tolong lah tahu simbol nye "m"
  • Kalo cikgu cakap kat depan unit nye untuk halaju, tolong lah tahu simbol nye koman-koman "kmph" atau "km/h" atau "m/s" dll
  • Kalo cikgu dok terjerit kat depan cakap unitnye kaki (feet). tolong lah tahu tulisannya ft ataupun tulis ( ' )
  • Kalo cikgu cakap kat depan unitnye inci, tolong reti-reti kan diri simbol nye ( " )
Hadoyai.. nanti letih cikgu-cikgu korang nak ajarkan autoCAD. Dok terjerit cakap 5' , tetap jugak korang key in 5" ! Lepas tu mula la rupanya x sama bentuk. Panas hati tau. Bila tanya simbol ft, terkial-kial x tahu nak jawab.

Dan bila cikgu tanya; "part mana x paham? kenapa x paham?", tolong jangan jawab: Saye x bawak spek, sakit kepala la duduk belakang sekali tak nampak screen kat depan.

Sumpah haku rasa geram gila. Common sense la sayangg. Awak tu rabun, spek x bawak, sila ke depan guna PC depan. Kalo PC depan dah full, guna la budi bahasa cakap kat kawan berkenaan masalah awak. Ini expect haku ajar dari awal sampai habes untuk kau sorang yang sakit kepala sebab x bawak spek?

Cakap lah berapa puluh ribu pun calon SPM yang dapat result gempak, tapi haku xkan respect sebab bila masuk Uni, korang sume mengharapkan lecturers spoon feed aje. Tanya menda simple aje. Simbol unit aje. Korang x reti nak jawab. Bila haku tak nampak, kemain curi-curi bukak fesbuk guna PC belajar AutoCAD tu. Bila haku tanya soalan simbol unit, xda pulak curi-curi nak google!

Hanya sebilangan saje yang betol-betol tunjukkan minat yang nak belajar, explore lebih daripada yang diajar. Untuk yang itu, tahniah!





Bila Bold 3 Masuk 'Spital'

1
COM
Kun Fayakun lah kata Surah Yasin nye. Mungkin ajal dah sampai. Haku x reti nak klasifikasikannya. Mungkin tenat, kot?

Yang paling menyeksakan, lepas haku bawak keluar simcard dari bb masukkan ke henpon spare, habes hilang segala list contacts. Sentap! Even list dari sim card pun. Aduhh.. Parah rase. Naseb nombor tepon tok laki sendiri haku hapal.

Tapi memang hazab bila phonebook list hilang kesemuanya. Haku called Digi kot2 pernah buat back up. Harap maaf. Digi sangat cabukia rupanya. Tiada servis sedemikian.

Kebetulan haku di KL ni (masih lagi), haku lari ke Brightstar (BB Service Centre) di Wisma Kemajuan, Sek 9, PJ. Tadi baru hantar. Tapi juga tetap cikai. Kesemua bb yang rosak dia akan hantarkan ke Singapore. Tempoh 20 hari bekerja.

Haku: I rasa warranty dah habes la ni?
Adik Cina: Ye ke kak? Akak pakai suda berapa lama?
Haku: Rasanya suda 2 tahun lebih
Adik Cina: (sambil belek-belek bb haku) Saye rasa ini model belom cukup 2 tahun lagi lah kak..

Haiyyoh, rasa macam dah lama aje haku pakai. Sebab rupa bb haku sangat hazab macam dah 5 tahun usage! Warranty hanya sampai 18 bulan.

Tolong lah masih dalam warranty. Haku risau harga repair dah nak sama macam harga beli baru! Tadi tanya, kalo keypad sebijik tercabut berapa harga untuk tambah baru? Dia jawab: xda tukar keypad. Kena terus tukar cover badan sekali. Harga dalam RM400. Terkelu sekejap.

Cuba bawak2 bersabar ye, Q. Tunggu 20 hari. Kalo dah habis warranty, harga servis mahal sangat, baru le kumpul duit beli henpon lain. Esok dapat gaji jangan kau menonong terus beli henpon lain. Bawak-bawak le MyVi tu pegi servis 29700 km. (Cupp, ni nanti servis kecik ke servis besar-besaran?). Tolong la jangan major servis. Kopak pulak krg nak dekat2 RM500.




Homemade Sugaring Wax

4
COM

Melihatkan harga waxing di Kuantan sangat mahal, (ketiak saje dah RM40), haku decided untuk buat sendiri. Ya ampun, kos dia x sampai RM10 pun! Dan ko boleh simpan untuk kegunaan nak wax akan datang. Sumpah haku cakap!

Bahan-bahan:

1 cawan gula putih (kalo curi gula mak ko, FREE)

2 sudu besar air paip (FREE)

2 sudu besar perahan lemon (Koman-koman kena beli 4 butir di groceries. Kata la harga RM4.99)

----

Kain cotton untuk tarik wax tu nanti (Beli 1 meter cotton keras paling murah – RM2.80/meter di KAMDAR) – kain corak-corak je haku bantai

Kain cotton ko potong agak2 size wax strip. 4” x 8” ke..

image

Cara-cara:

Campak segala bahan masak tu, masak atas api kecil

Kacau lah sentiasa. Mula-mula dia gelegak macam rupa nak masak syrup. Ko teruskan kacau sampai warna menjadi keperangan seperti photo di atas.

Dan dia likat macam syrup / kordial

Bila senduk yang ko kaco tu ko cuba letak pada air mengalir bawah paip, gula-gula cair yang melekat tu jadi mcm keras. Haaa.. tu tandanya masakan ko dah menjadi la tuh.

Credit: http://thebirdandtheberry.blogspot.com/2010/04/wax-on-wax-off-homemade-sugaring-wax.html

***

Jangan selok sangat terus apply kat bahagian ko nak wax. Panas gila tuh. Tunggu agak-agak kesuaman yang kulit ko boleh terima.

Cara nak wax tapayah la haku ajar sebab orang yang dah biasa pegi wax aje akan ikut resepi haku nih. Tahu lah korang banyak mana nak isi dan cara tekap wax dan tarik.

Haku x sapu 1 ketiak terus. Buat sikit-sikit ikut bahagian. Bila bahagian dah susah tuh, tok laki haku la nolong tarik nye.

Teori: wax suam dia cair likat. Wax yang mensejuk, dia dalam proses nak keras. So dia hold hair ko tuh dan ikut tertarik sekali.

*** Haku simpan dalam tipuware yang microwave safe. Next time haku nak pakai lagi, haku masuk dalam microwave pada 450 W (nilai Watt kan?) selama 3-4 minit. Kalo ko pilih 600 W, mengekik-ngekik kulit ko, Jahh!

*** Orang yang nak jaga hygiene dia akan beli batang aiskrim paddlepop tu banyak-banyak. sekali celop then buang. Tapi wax ni haku yang punye, haku sorang yang pakai, so xda masalah haku nak celop banyak kali pun. Haku pakai pisau sapu roti tu. Itu dah khas 1 untuk wax.

Selamat Mencuba.

Korang yang kaya-kaya tu, boleh la pilih alternatif wax di spa. Kuantan ada 2 spa yang buat Brazilian tau. Kalo nak tau harga, sila tanya personally pada haku.

Kalo KL / Subang, ini yang paling murah pernah haku jumpa:

IMG-20120229-00586IMG-20120229-00585

Call yang 016 tu tapi nama dia bukan Endah sebaliknya Ummi.

Public Cord Blood Bank

2
COM

Haku seronok betol bila haku email bertanya soalan / report dan orang tu reply email Rasa macam ye, mereka bertanggungjawab.

Di kalangan family sendiri pun memang dah tahu haku ni kaki report.

  • Haku nampak girlfren bofren bergaduh pukul-pukul haku tepon report pulis – Pulis cakap tunggu dia berdarah nanti dia datang sendiri balai buat report sendiri. Ada pulak gitu
  • Tengah-tengah pagi pukul 3am haku dengar alarm keta orang dok berbunyi haku tepon polis suruh cek – Polis datang meronda time2 tu jugak. Rupanya tu keta kawan dia. Hahaha
  • Ada amoi Cina nak terjun tingkat 18 kat rumah kitorang di Bandar Sunway, haku tepon report polis. – kes selesai. Dia x jadi terjun
  • Haku bengkek servis Pizza Hut Alamanda lembap dan supervisor dia tengking-tengking anak buah depan customer, haku report management Pizza Hut – Pizza Hut reply said sorry tapi xda nak bagi kupon free pun. =)
  • Streamyx haku xda line tapi dorang dok hantar surat suruh bayar bulan-bulan, berkali-kali haku report mintak balik duit kat Customer Service – Dah 3 bulan haku tapayah bayar bill Streamyx sebab dorang dah take note hal tu
  • HP bapak haku x main internet tapi asik kena bayar bill internet beratus2, haku call CELCOM Customer Service suruh block siap2 internet kekalkan call in call out dan sms. - Last month jadinya bapak haku kira bayar bill RM30 aje sebab dah dikira terlebih bayar
  • Service SKYNET Kuantan macam hampeh. Haku suruh drop kan Sorry, You’re not at home Note biar haku p amik kat SKYNET Opis tapi masih jugak dorang sibuk nak hanto barang ke rumah haku yang xda penghuni tu. – Email tu langsung x direply. Haprak betol la
  • Haku tolong orderkan barang online untuk uncle haku. Tapi orang tu salah hantar. Ini pun satu, haprak punya seller. Sikit hari lagi memang haku report kat Lelong.my lah suruh tutup online store kau.
  • Kalau email tanya harga barang ke harga service memang laju la seller reply kan
  • Semalam haku bertanyakan pasal Public UCB pada PDN. Di bawah adalah reply mereka

informasi website pdn@pdn.moh.gov.my
        
to me

Salam sejahtera

Tuan/Puan

Oleh kerana di PDN adalah pendermaan maka kami akan memberikan mana-mana cord blood yang telah didermakan kepada pesakit. Walau bagaimanapun jika anak atau ahli keluarga penderma memerlukan cord blood itu pada masa akan datang, beliau boleh memohon kepada unit pedriatik yang menjalankan rawatan. Kemudian hospital akan menjalankan ujian sama ada ia boleh digunakan untuk pesakit atau tidak.

buat masa ini perkhidmatan ini hanya terdapat di hospital besar kedah, HKL, Hosp Selayang dan Hosp Serdang.

sekian terima kasih

Yessy Octavia Misdi
Pegawai Pendidikan Kesihatan
B/p : Pengarah
Pusat Darah Negara
Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur

Tel:03-26933888 ext 5613

Kami beroperasi seperti berikut
Isnin hingga Rabu = 7.30 pagi hingga 5.30 petang
Khamis dan Jumaat = 7.30 pagi hingga 8.00 malam
Sabtu dan Ahad = 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Cuti Umum = Tertakluk kepada pengumunan dalam laman web kami

Sesiapa yang plan nak beranak kat Spital Kedah, Spital Serdang, Spital Selayang dan HKL boleh la consider untuk derma UCB anak korang tu. Bukannya korang guna kan?

Lepas dia amik darah, korang amik la smula uri tu cuci dan tanam.

p/s: Kan seronok baby kecik-kecik korang dah ajarkan menderma. Menderma untuk selamatkan nyawa pulak tuh! Bab derma organ haku x lagi lah. Rasa seriau aje

Mulut Cibai

10
COM

Haku ni ex-mulut cibai. Ke sekarang pun sama? Miahahahaha

mulut

Setakat ni dah 2 dah berita tergempar di Mesia yang sangat meluas spekulasi nya.

Kisah ibu yang ditinggalkan anak di hotel murah. Memang. Gaya awal-awal penulisan Harian Metro adalah macam si anak ni kelihatan x bertanggungjawab bla3. Walaupun tak dinyatakan dengan direct cakap si anak ni sangat lahabau tapi culture rakyat Mesia yang baca surat khabar ni jenis baca sepintas lalu. Lepas baca kutuk-kutuk, hapdate FB dan stop dan sambung comment kutuk sampai 87 comments. Sebab baca surat khabar aje punnn.. Bukannya nak jawab exam IELTS yang kena screening and scanning tu kann.. Naseb baik Harian Metro jugak yang keluarkan video untuk beritahu cerita yang sebenar kepada rakyat. Tapi, menjadi rakyat yang baca paper yang awal-awal tu, dia maleh dah nak cari berita selanjutnya.

Rupanya dia bujang. Rupanya mak dia takut bila kena tinggal sorang-sorang kat rumah flat. Rupanya mak dia pun x heran bila anak dia cakap nak mak dia duduk kat motel yang berdekatan dengan HKL. Rupanya kalau mak dia duduk rumah sorang-sorang, nanti mak dia yang uzur tu kena bangun masak sendiri bla-bla bla. Mungkin sebab opis si anak ni jauh dari rumah dia x boleh nak balik hantar lunch. Kalau duduk kat motel, boleh adik cashier tu tapaukan nasik untuk mak dia.

Itu satu kisah dia. Bukan main berjela-jela orang ngutuk. Anak x kenang budi. Even ada haku baca, kalo tahu anak gini baik kecik2 lagi dah bunuh bagi mati. Aiyooo.

Cuma haku perasan la Harian Metro ni. Bila keluar kisah macik ditinggalkan anak gini, diumpamakan kalo Lebai Raman pakai spender terbalik pun Harian Metro nak jadikan isu muka hadapan dengan photo besar-besar. Habes satu rakyat Mesia akan kembali spekulasi Lebai tak patut jadi Lebai. Dan berjujuk jugak la nanti comments sampai 98 comments pulak. Ni sume saje nak melakukan surat khabar aje.

Takda satu pun surat khabar yang haku percaya. Tapi sebab itu je sumber haku nak tahu apa jadi pada Mesia ni ye? Kawan haku rumah kena masuk perompak, reporter Harian Metro mengendeng-ngendeng datang nak buat liputan. Alih-alih keluar paper salah fakta. Haiiyyoooo.. Time lecturer ko ajar kan depan ko sibuk fesbuk guna hp. Mula la salah fakta tulis.

Ko ingat lagi kisah budak sekolah agama yang umur 7 tahun dikatakan dirotan cikgu sampai mati dengan tangan terikat? Surat khabar mana haku x ingat. Tu pun saje la. Nak selling fast la tu. Bila ada persatuan agama UM pi buat lawatan, ya Allah.. jauh buntot ayam dari panggang api fakta dan coretan akhbar tu.

Lagi satu kisah Dirang. Mak nye kemain sibuk fesbuk sampai x sedar anak pi kedai x balik-balik. Laki balik petang tu baru teringat si anak pi kedai x balik-balik. Bullshit sangat la korang. Sampai hangin belaka kawan-kawan kat news feed  haku. Marahkan si mak Dirang ni.

Ada artikel haku baca siap tulis; “Jangan hanya tahu buat anak”. Ah, bahasa manes sekali.

Haku tekankan, kalo xda snapshot / print screen wall FB mak Dirang daripada friendlist mak Dirang yang dia ni hapdate status / balas comment setiap minit, jangan la ko nak percaya rumors gitu. Tapayah la nak kutuk-kutuk si mak Dirang tu.  Korang yang komen berjela sampai 67 comments tu sume belaka dah fitnah orang. Baik ko pegi membunuh la daripada fitnah begitu. (Err..  fitnah lebih buruk daripada membunuh, kan?)

Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) dimana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir. Surah al-Baqarah ayat 191.

Maksudnya mulut-mulut busuk korang ni lebih bahaya daripada si pembunuh Dirang tu tau!

Lepastu keluar kes kat Kota Bharu anak berjalan terkedek ke luar rumah lalu lemas terapung. Cerita lain, mak umur 18 tahun piknik dengan saudaranya, anak nya umur 2 tahun mati lemas di Tasik Titiwangsa.

Sebagai rutin rakyat Mesia, apa yang ko pikir? Mak dia busuk sangat kan… Tak jaga anak lepastu anak dia keluar dan mati. Mak dia ralit piknik, anak jatuh tasik pun x sedar.

Kau x da anak.. jangan memandai nak tuduh orang

Kau belom ada anak, jangan cakap orang tu jenis tak reti jaga anak

Kau dah anak, jangan pikir kau cukup bagus dan cukup prihatin jaga anak.

Kau baru ada sorang anak, ko pikir cara ko jaga dah cukup bagus? Tunggu esok ko ada 3-4-5 orang anak. Confirm ke ko bole maintain jaga semua macam masa ko ada sorang anak?

Haku berani confirm, ada antara kalangan korang yang anak-anak nye ngutip menda dari atas lantai dan makan. Itupun mujo la anak ko x mati tercekik, mujo la ko atau laki sempat perasan, mujo la dah selamat dia telan masuk dalam perut tanpa berlaku apa-apa.

Kalau anak ko penah mengutip, tolong jangan la nak pertikai cara orang lain jaga anak dia. Kira mujo la anak orang yang mati bukan anak kau.

Haku tak puji si pembunuh Dirang tu. Cuma haku mintak, jangan menambahkan luka yang dah memang ada. Kesian kt family dia. Korang buat macam mak dia pulak yang pembunuh nye.

p/s: Itu manesnya duduk Mesia. Rakyat prihatin x bertempat. Dan masing-masing hapdate dengan berita terkini. Esp hal melibatkan kanak-kanak. Syabas!

Facial Accident

0
COM

IMG-20120313-00663

Yang kiri: Velocity Perfume yang MOH tuang dalam botol refill. Disimpan di rak ternganga sebelah kiri lemari make-up

Yang kanan: facial treatment essence versi jimat binti kedekut. Disimpan dalam rak bertutup sebaris dengan artileri2 kecantikan haku yang lain(macam x penah surut je barang-barang ni sebab liat nak pakai)

Tobat haku kedekut, Jahh! Biasa kita disuruh pakai FTE dengan teknik isi atas kapas muka dan sapulah serata muka. Tapi pertimbangan demi pertimbangan dan hasil google, haku menjumpai kaedah jimat.

Concern si Lijah kedekut: kalo isi atas kapas muka dan sapu, nanti balance yang atas kapas tu kita buang jugak walaupun masih ada basah-basah kesan FTE tadi. Membazir pegi buang. Itu belom masuk fasa terlebih tuang atas kapas kan!

Kalo kata nak menyucikan wajah daripada cela kotoran (walaupun lepas cleanse kan masih ada kotoran kann), kita dah tenyeh beria masa isi toner kan? So apa kes FTE pun nak guna kapas dan tenyeh lagi??

Matlamat: Nak apply FTE kepada muka tanpa rugi sikit pun ( balance atas kapas tu rugiiii)

Cara idea: tuanglah sikit-sikit dalam botol refill seperti photo di atas. Bila nak pakai (selepas toner), spray lah pada muka. Dan ratakan dengan jari. InsyaAllah sampai matlamatnya selagi ko x tersasar spray ke arah lain. 

Concern lagi: Botol asal FTE adalah kaca. Botol refill adalah plastik. Hilang khasiat x nanti bila bertukar material botol? Well, sebab tu haku tuang sikit-sikit. Bila habes dari botol refill, haku tuang lagi. Sebab bab khasiat tu haku x tahu

Caution:

Part ni memang korang kena beringat betol-betol. Semoga kejadian malang ini x menimpa korang juga.

Pada suatu pagi yang hening dan mamai, haku bersiap nak p keje. Lepas sapu toner, haku nak amik bottle spray FTE. Biasa haku mulakan spray pada bahagian mata lah(mata pejam). Selepas 2-3 spray haku berasa pedih mengekik-ngekik!

Ya Allah! Ini perfume tok laki haku!

Selamat lah haku cuci muka dengan air paip di sinki. Lama jugak pedih tu esp bahagian tepi hidung-jambu-madu haku nih.

Hari itu, haku ke office dengan wajah yang lebih harum daripada biasa.

Sekian, facial accident haku. Elok2 nak spray air beras masam, alkohol pulak sudahnye!

Hazab..Hazab..

Birthday Qaiser @ Taska Nur Syifa, Bukit Rangin

0
COM

IMG-20120312-00653IMG-20120312-00655

Ya ampun, seriau je haku tengok budak-budak ni ngadap kek. Macam ada jee tangan nakal nak mencolek. Hahahahha..

IMG-20120312-00657IMG-20120312-00658

3 tahun dah anak teruna yang sorang ni. Qaiser dah beso-beso ni haku tengok dah x comel sangat dah. Ditambah dengan nakal nyee.. Salu bikin haku bertempik.

IMG-20120312-00659IMG-20120312-00660

Dengan teacher dia takot. Salu dia cakap; Cikgu Imah garang. Salu ajuk cara Cikgu Imah marah. hahaahhaha.

Ni bila haku ada, terus nak tunjuk kepala!

IMG-20120312-00661

Cumot! 2 potong kek dia makan tau.

Haku dah rasa. kek dia lembut tapi krim dia haku x gemar. Macam masih terasa lagi bijik-bijik gula.

Kesimpulan, mak haku punye kek buatan sendiri lagi best! Hahahahahha

Apam Angry Bird (tapi tak macam pun)

1
COM

apam angry birds

Baru-baru ni haku google apam angry bird. Ye lah. Si Qaiser lo nih sibuk sangat dengan angry bird kan.. Haku fikir nak bagi sebagai door gift untuk kawan-kawan taska Qaiser.

Ye lah, korang jangan main-main tau dengan pemberian door gift kepada budak-budak ni. Ada parents sangat la anti-jajan. Nak-nak yang gula-gula yang kalo makan banyak-banyak bole jadi luka lidah.

Ada taska memang dah tetapkan x boleh junk food. Ada parents yang sorok siap-siap kalo anak dia dapat adiah jajan.

Haku ni kalo orang nak buang terus x kesah. Tapi sentap pulak karang ada parents datang marah-marah sendiri.

So haku cadangkan kepada mak-mak yang nak buat party pack tu; AVOID lah jajan / cikedis / gula-gula. Cokelat tu biarlah betol-betol yang chocolate macam Cadbury atau Van Houtten tu. Tapi mahal la jugak kan.. Kurang-kurang chocolate ada la jugak khasiat nye sikit-sikit.

So antara yang boleh difikirkan;

  • Buah (apple ke, limau ke, anggur ke, kiwi ke, serba tok nika buah la) – Tapi biasanya kalo buah yang jenis air menjejeh-jejeh ni orang bising juga sebab peel budak-budak ni, asal masuk dalam keta terus nak terkam ke party pack yang dapat. Nak selamat, buah apple aje. Kan khasiat tuh
  • Vitamin C / Multivitamin yang cap Appeton / CHAMPS tu 2 bijik sorang. Hahhahaha. Mak pak dema nak khasiat sangat kann.. Meh vitamin terus kita bagi! Tapi nak packing masuk plastik, alahai macam tak hygienic pulak la kan
  • Alat tulis (pensil warna ke, water color ke, crayon buncho ke) – Mendidik budak-budak biar rajin menulis. Tapi bahaya. Nak-nak kalo hok umur setahun 2 tahun si toddler tu. Silap-silap tercucuk pulak pencil kat bijik mata. Dah mak pak ni datang mereport pulak. Water color pulak nanti comot-comot. Mungkin eloknya bagi kalkulator kecik sorang se. Pupuk minat jadi akauntan. Silap-silap mak pak / kakak abang dema dah songlap dulu kalkulator tu
  • Mainan-mainan (tapi ingat. Bagi la yang selamat ada tanda ntah MC ke MiC tu ntah). Jangan beli kecik sangat nanti tercekik budak-budak. Bubble pun best tapi air sabun dia mudah menceceh nak mak pak dema bising pulak. Kalo bagi Xbox Kinect sorang se mungkin mak pak nye akan tutup mulot diam.
  • Kuih muih ( nak di bandingkan dengan jajan, mungkin shut up sikit la mak pak nye. Harap nak bagi dema kenyang la kann)

Tu jela yang haku bole pikir. Korang rasa apa lagi? Hambur kat comments ye.

Untuk kawan-kawan Qaiser haku tempah kan apam angry bird. Nak buat sendiri haku terbayangkan senget benget habes rupa nantinya. Haku bekalkan air vitagen sorang se dalam setiap plastik.

Tapi kan:

apam

Mommy: Eh Qaiser, tengok mommy beli apa untuk adik ni.

Qaiser: (terkejut) Apa ni?

Mommy: Ha, gambar apa ni?

Qaiser: Apa ni? (tanya haku balik)

Mommy: Ha, apa ni??

Qaiser: Ada mataaaa (sambil tunjuk mata)

Mommy: (alamak, dia x cam angry bird lah. Memang xda rupa langsung ke???)

Oh tertekan anak haku x cam effort haku menempah apam angry bird!

angry bird

Untuk kek tiup lilin nanti haku tempah dengan kawan MOH.

p/s: MODE masih lagi sentap sebab anak haku x kenal apam angry bird! Hahahaha! Memang jauh beza rupa apam tu. Haku pun jadi musyhkil ada ke karekter angry bird warna Cyan??