Cara Menghalau Monyet di Kawasan Kebun



MIL haku baru berpindah rumah daripada kawasan perumahan ke kawasan kampung. MOH ni memang suka sangat la duduk sini. Wajib pagi bangun tido, lepas solat subuh duduk belakang rumah tengok pokok2 sambil cubaan bunuh diri(hisap rokok). Setiap hari!

Yang menjadi halnya, grill rumah ni dan kekisi tingkap belaka besi jenis jalur2 adalah jarak. Bukaannya 5 inci++.

Kali pertama monyet masuk ke dapur melalui kekisi tingkap dapur lah. Kalo clear space kekisi tu boleh muatkan kepala monyet maksudnya lepas lah semua anggota monyet nak masuk tu. Species monyet ni macam tikus jugak. Bole kempis2 kn diri.

Alkisah hari pertama monyet masuk rumah kami, dia masuk dapur dan kendurikan pisang emas di atas table top. Kali kedua mereka kendurikan beras dalam bekas. Seterusnya mereka melepak atas pokok rambutan berhampiran rumah. Sesekali kendurikan pokok pisang. Pokok ciku pun pernah kot.

Spesis monyet sama seperti tikus. Bijak, pandai meloloskan diri, dan paling penting berdendam. Jangan lah ko sumpah seranah dia. Cakap elok2 xpe. Kalo ko racun dia guna racun cikai2 ni, memang cepat2 dorg turun ke tanah makan tanah. Letak cili ke hape dorg kepanasan ke pedas ke memang dorg makan tanah. Itu lah sumber ubat dorg yang plg mujarab

Setakat yang pernah kami try;
1. Baling mercun bola dan mercun ketupat. - mencicit dorang lari. Sekejap je. Lusa datang semula.

2. Lastik. - beruntung lah sebab MOH seorg sharp shooter. Cicak2 kat rumah sume dah disapu bersih! Bersama assistant yang abadi; Qaiser.

3. Kejar semula mereka dengan berjalan kingkong. Buat bunyi skali bagi takot. Esok dorg dtg blk. Dorg x tkot dgn ppuan tau. Yg jnis grg tu lg la mendengus tunjuk gigi kt kita

4. Ketuk tong kuat2. Tin ke. Tp ni sekejap jela

5. Patung harimau. Iye. Perasan x kat restoren2 kt TC ada dorg letak patung rimau. Setakat ini berkesan lagi.

Antara petua yang lain adalah;

1. Beli minyak kibas dari Mekah. Babi, monyet dan binatang2 pengganggu kebun yang lain cukup tak suka bau minyak ni. Sapu pada batang2 kayu atau pgar tmpt dorg trespassing.

2. Racun 7 keturunan. Memang kuat racun ni. Klo terkena kulit kita pn akan luka ke melepuh gitu la. Kenapa namanya 7 keturunan? Sbb sape yg makan selama rantai makanan 7 keturunan akan mati. Contoh: monyet makan dan terkena racun. Dia akan rasa panas dan dahaga sangat terus cari air kt parit berdekatan. Tapi confirm la dia mati jugak. Burung gagak yang nampak bangkai pun pi mkn bangkai monyet. Dia pn mati. Biawak nampak bangkai gagak, dia pn mkn jgk. Biawak pn mati. Ikan dalam parit kot gigit2 bangkai biawak dalam parit. Habes dia pn mati. Ha. Ni baru berapa keturunan? Belum cukup 7 pn lg. Mmg habes ekosistem la gini

3. Ular getah yang mainan tu. Tu pn org kata berkesan

4. Paling mencabar, tangkap ketua angkatan monyet tu, tambat dia dan simbah kan cat. Tok ketua tu akan malu dan lari tempat lain. Takkan x dtg lg dh. Tok ketua lari, anak2 buah pun lari laa

Itu jela petua setakat ini. Selamat mencuba

posted from Bloggeroid

7 comments:

  1. Qis, untuk pengetahuan awak rumah aunty didalam kawasan kelapa sawit dan memang tempat mainan monyet2 ni, apa je petua kita semua dah cuba tapi percayalah monyet2 dia insaf sekejap je lepas tu dia datang balik. Yang paling geram uncle suka tanam pokok heleconia dan pisang berwarna pink dan pokok bunga kantan bila pokok2 nimberbunga memang monyet nimkerja kan sampai hancur semua.

    Aunty juga pernah dikerjar monyet ketika menyidai baju, berlari aunty lari masuk rumah monyet tu tiba2 je ada depan muka, ya ampun memang takut.

    ReplyDelete
  2. kami ada kebun nanas , keluasan 2 acree nak letak berapa patung harimau..monyet suka cabut pokok nanas ambek daun yg muda2

    ReplyDelete
  3. monyet selalu masuk rumah saye...yang paling sedih die rompak barang2 kemas milik saya dan mak,,,masa tu mmng sedih...giler.....:'[ nk repot bukan orng...2 minggu lepas tu kami sekaluarga berpindah ke kaw. bandar....p/s :minyet ni x kan insatf:[

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. ambil bekas botol minuman. tebuk- tebuk bahagian keliling botol. masukkan belacan dan sedikit air. ikat botol dengan tali kemudian gantung di kawasan laluan monyet. buat banyak-banyak sikit. bila monyet lalu dia akan leka membelek belek botol berisi belacan tadi. bila air belacan terkena pd bulunye... monyet akan mula menggaru- garu hinggakan ade yang sanggup mengorek-gorek matanye.. tryla insylh monyet tak dtg lagi....

    ReplyDelete
  6. Ada 3 cara yang biasa orang kampung guna untuk musnahkan monyet. Tapi nampak kejam dan mungkin berdosa. Pertamanya upah orang yang senapang suruh dia tembak monyet tu. Bangkai monyet biasanya dihantar ke zoo untuk habuan buaya. Cara kedua beli racun furadan 3G kat kedai jual baja dan bahan pertanian. Lepas tu beli plastik nak buat aiskrim malaysia. Pas tu buat air sirap atau sasrsi. Buat manis-manis. Taburkan 1 sudu kecil furadan dalam plastik tu. Buat banyak-banyak dan gantung pada lokasi strategik. Nanti monyet akan minum air tu. Tak lama kemudian pasti bedebuk dia jatuh dari pokok lalu mati. Kalau biawak makan nasi campur furadan tak sampai 2 minit pasti dia mati. Cara 3 buat stu kurungan dari zink. Kalau boleh biar 10 kaki x 10 kaki panjang atau lebar dia. Tinggi 6 kaki. Letak daun kering kat dalam tu. Buat 1 jambatan untuk masuk ke dalam kurungan. Letak pisang dalam kurungan. Pastikan bila monyet masuk dia jangan keluar lagi. Lumur jambatan tu dengan minyak pelincir. Bila monyet dah banyak masuk tuangkan benzin 1 atau 2 gelen. Apalagi bakarlah. Maeraung mereka kat dalam tu. Bila dah rentung kalau berani makanlah dging monyet bakar tu.

    ReplyDelete