Homemade Sugaring Wax

Melihatkan harga waxing di Kuantan sangat mahal, (ketiak saje dah RM40), haku decided untuk buat sendiri. Ya ampun, kos dia x sampai RM10 pun! Dan ko boleh simpan untuk kegunaan nak wax akan datang. Sumpah haku cakap!

Bahan-bahan:

1 cawan gula putih (kalo curi gula mak ko, FREE)

2 sudu besar air paip (FREE)

2 sudu besar perahan lemon (Koman-koman kena beli 4 butir di groceries. Kata la harga RM4.99)

----

Kain cotton untuk tarik wax tu nanti (Beli 1 meter cotton keras paling murah – RM2.80/meter di KAMDAR) – kain corak-corak je haku bantai

Kain cotton ko potong agak2 size wax strip. 4” x 8” ke..

image

Cara-cara:

Campak segala bahan masak tu, masak atas api kecil

Kacau lah sentiasa. Mula-mula dia gelegak macam rupa nak masak syrup. Ko teruskan kacau sampai warna menjadi keperangan seperti photo di atas.

Dan dia likat macam syrup / kordial

Bila senduk yang ko kaco tu ko cuba letak pada air mengalir bawah paip, gula-gula cair yang melekat tu jadi mcm keras. Haaa.. tu tandanya masakan ko dah menjadi la tuh.

Credit: http://thebirdandtheberry.blogspot.com/2010/04/wax-on-wax-off-homemade-sugaring-wax.html

***

Jangan selok sangat terus apply kat bahagian ko nak wax. Panas gila tuh. Tunggu agak-agak kesuaman yang kulit ko boleh terima.

Cara nak wax tapayah la haku ajar sebab orang yang dah biasa pegi wax aje akan ikut resepi haku nih. Tahu lah korang banyak mana nak isi dan cara tekap wax dan tarik.

Haku x sapu 1 ketiak terus. Buat sikit-sikit ikut bahagian. Bila bahagian dah susah tuh, tok laki haku la nolong tarik nye.

Teori: wax suam dia cair likat. Wax yang mensejuk, dia dalam proses nak keras. So dia hold hair ko tuh dan ikut tertarik sekali.

*** Haku simpan dalam tipuware yang microwave safe. Next time haku nak pakai lagi, haku masuk dalam microwave pada 450 W (nilai Watt kan?) selama 3-4 minit. Kalo ko pilih 600 W, mengekik-ngekik kulit ko, Jahh!

*** Orang yang nak jaga hygiene dia akan beli batang aiskrim paddlepop tu banyak-banyak. sekali celop then buang. Tapi wax ni haku yang punye, haku sorang yang pakai, so xda masalah haku nak celop banyak kali pun. Haku pakai pisau sapu roti tu. Itu dah khas 1 untuk wax.

Selamat Mencuba.

Korang yang kaya-kaya tu, boleh la pilih alternatif wax di spa. Kuantan ada 2 spa yang buat Brazilian tau. Kalo nak tau harga, sila tanya personally pada haku.

Kalo KL / Subang, ini yang paling murah pernah haku jumpa:

IMG-20120229-00586IMG-20120229-00585

Call yang 016 tu tapi nama dia bukan Endah sebaliknya Ummi.

4 comments:

  1. Terima kaseh qas, dah bagi ilmu yang berguna ni, kadang2 bukan sebab kita ada duit ke tidak untuk ke spa tu sebab nya kadang2 kemalasan nak keluar tu.

    ReplyDelete
  2. Salam kak, nak tanya kat mana ada brazilian wax kat kuantan?boleh bagi nama kedai+alamat tak?thanks :)

    ReplyDelete
  3. nak tnye,dh byk kli dah buat..last2 buang...sbb keras mcm gula2....nape sy tgk kt utube,minah saleh tu yg dorg buat mcm pekat je slalu ek?xpyh nak cair2 dah...heran ak...dh bpe kilo dh gula abes...tolong!!!!

    ReplyDelete
  4. nak tnye..knpe kalo ltak dlm bkas jd kras plak....dh byak kali buat..bnde tu xblh nk trus gna sbb panas...smpan lam bkas dulu...ttp n then bkak balik tgk2 dh kras mcm batu...cairkan balik,pastu pns,pastu simpan,pastu kras n blablablabla...ak wt keje yg same aje....tgk kt utube,dorg buat mcm bnda tu slalu je pekat,xdela mengeras mcm batu...tolong....dh bpe kg ak mbazir gula..hahaha

    ReplyDelete