January 09, 2012

Anak-anak kecil anda mula bahasakan diri; “Aku”??

2 tahun 10 bulan. Itu umur Qaiser sekarang. Pun sesekali haku dengar dia sebut; “Aku”. “Aku nak main game ni..” – sambil tangan nak merebut tablet cap China haku.

Eh, Hai. Assalamualaikum sekalian pembaca karipapsayur sekalian. Lama mak menghilang kan? Mesti korang pk kot-kot haku ni dah mati eksiden, kan? (Ngek)

Ada. Memang ada sini. Tapi banyak hal yang mendatang. Jadi malas nak hapdate blog.

Sambung cerita.

Ikut hati memang nak sepak jugak la mulut nya. Tapi ye lah. Mana la budak kecik nak paham kan. Sedangkan mak-pak nye borak telefon pun bahasakan diri “aku” jugak kann..

Haku cuma bole cakap (marah dowh!); “Jangan cakap aku-aku! Tak baik”

Sesekali dia teringat, dia tak cakap lah. Kadang-kadang terlajak. Kadang-kadang awal-awal dia dah sebut; “Taoleh cakap aku” (Read: Tak boleh cakap aku)

Ni baru-baru ni dia dengar lagu Cinta Muka Buku (Najwa Latif) dari dalam tv.

Kan ada liriknya;

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. benarkah rasa itu..

Si Qaiser ni terkejut, terus report kat haku; “Ha, Ammi! Aku!” (Read: Ha, mommy! (dia cakap) aku!)

Hmmm.. Apa nak buat, nak.. Kalo kita ubah lirik jadi “saya” sumpah hauk bunyi nye, nakk..

Ko akil baligh esok baru ko bole cakap “aku-aku”

7 comments:

::CIK LYNN:: said...

hehe....ttnya2 gk la npa dh lma akak xupdate...=)

Imaan09 said...

sama my doter..2tahun 2 bukan.. nk berebut "aku pulak..aku pulak"..buat menda sikit, berjaya.."yay..aku menanG!" adoihhh..

Byzura Razali said...

ahah mana ko menghilang? aku asiyiklah refresh blog ko memanjang.

pasal bedudak ber"aku"2 ni, aku mmg sound adam "adam,ckp "aku" mama slap mulut adam" hah beranilah dia.so far mmg ok lg.tp balik sekolah ngadulah kengkawan skolah ber"aku"2 ngan dia.

CatlinaFly said...

heheheh qaiser...qaiser...:) rasanye ramai kwn2 blog malas nak ngupdate blog..sy pun sebab tgh bercuti tu yang rajin tapi ade angin jugak...mostly buat autopublished..tapi tak seberiya-iya mcm masa E-ein dulu huhuhu

she-G said...

btw saya mmg guna saya2 mak abah saya pon gitu..cuma belah suami la...skema ke??hahahah..dah ebsa.dulu lau ter'aku' kene tampar kat mak.

eh qas..lama ilang ape cer??shampu jadi tak

isabelle said...

adoi la aiii..kena tunggu suara pecah baru buleh ckp 'aku-aku' ye? hahaha
so far my adam masih bersaya-sayaan.taktau la kalo kat skolah baru ni

sharifah rosidah said...

Hah lamanya menghilang, hari2 aunty bukak tak ada update langsung, 2 hari lepas bukak pun tak ada juga, tiba2 aunty dapat bbm dari Qistina dan aunty pun tanya lah sekali dia cakap dah ada update baru.

Sebenarnya rindu juga kat qaiser nak tahu apa perkembangan budak mata cantik tu.

Post a Comment