Baru semalam haku start blogging semula. Tapi terkejut jugak haku kan bila tengok Nuffnang Analytics mencecah 2500++. Entah hape yang korang sibuk dok mencari sekarang?
Rupanya da semakin ramai peminat Ustaz Don Danial tu ye? Last week sampai 221 hits nye ko! Tu belom masuk hok sampingan-sampingan pasal Ustaz Don yang lain-lain. Total dah agak-agak 276! Amboi Amboi Amboi.. Ustaz tu hensem kan! Mata dia tajam kan! Style dia macam ala-ala mat rempit yang insaf, kan!
Selain daripada itu, “Fusion Excel Penipu”. Wallahualam. Tidak lah ketahuan dengan pasti sama ada batu gunung berapi tu penipu atau tidak. Nak-nak pulak sekarang makin banyak produk pendant kesihatan. Sana sini ada. Tapi rasanya belum pernah mendapat ulasan daripada Aidid Muaddib lagi (http://aididmuaddib.blogspot.com). Haku sekarang ni nak tahu apa-apa banyak tengok ke sana aje. Dah macam buku teks pulak dah. Pendant Fusion Excel haku dah ada 3 dah. 1 daripada tuh dah terserpih pun. (Tiba-tiba terfikir, lama dah haku x pakai. Kena start mencari semula). Water filter dia pun haku beli (Quantum Water). Tidak lah haku nak promote “Air nya rasa manis-manis!” macam si Shiela Majid cakap pasal water filter cap Diamond tu. Tapi kalo bab menapis-napis karat, memang haku setuju sangat lah.
Kejap “karipapsayur”. Kejap “karipap sayur”. Harap maaf. Korang akan menghadapi masalah untuk google resepi karipap sayur. Meh sini haku tolong korang. Kalo nak resepi karipapsayur yang sebenar (dan bukan bebelan Cik Jah haku nihhh); ini websitenya:
- http://www.myresipi.com/top/detail/10006
- http://tintasanubariku.blogspot.com/2011/01/resepi-karipap-sayur.html
“Bunting pelamin” maksudnya adalah ko berkahwin. Malam pertama ko tok-tek terus sperm gagah tok laki ko tuh dah melekat pada telur betina. Meaning ko tak sempat 1st period pun selepas bernikah tuh. Nak bunting-bunting pelamin, harap maaf lah. Haku memang tak da specific tips untuk bagi korang bunting pelamin sebab haku dulu pun sempat sekali period sebelum Qaiser terlekat dalam perut haku niha. Cuma personally haku rasa elok-elok lah ko rancang majlis kahwin ko tu agak-agak selepas ko habes period sebab hari ke-7 selepas 1st day period adalah waktu subur kau, kan?
“b2b massage”. Hayyooooo.. Hape ko expect masuk sini mencari body-to-body massage..?? Mak tak tahu, nokkkkss! Sumpah! Teori tu tahu lahh.. Amali tidak lah. Kalo dah nama body-to-body , al maksudnya ko urut orang lagi satu tu menggunakan body lah. Urutan erotik-erotik begitu.. Tapi jangan lah ko urut kawan ko sesama jantina. Kan pelik tuh. Sama jugak jangan urut kawan ko berlainan jantina. Hehehe. Nak urut laki bini takpe. Tapi haku prefer real massage. Sekali moh urut / picit tekan urat haku yang lenguh, memang laaa mengaduh-ngaduh sakit dan nak menjerit mak nihaaa.. Tapi lepastu memang lega. Lagi satu best sebab FREE.
Sekian, itu adalah keyword feveret untuk minggu lepas. Last sekali haku nak share satu menda dengan korang. Over sangat tau!
Ko bukak http://bizinformation.com.my dan taipkan url blog korang dalam ruang kosong tu. Dia akan valuekan berapa RM konon blog ko bernilai.
Katanya blog haku ni RM6858.96 . Penipu besorr. Miahahahha. Nuffnang haku 2.07% daripada nilai tu aje, nokkk!
Dalam Malaysia rank katanya yang ke 24 ribu. Okeh, jadik la daripada nombor tercorot nak mampos kann sampai x bole view langsung angkanya..



5 comments:
Adoi siapa pulak ustaz Don Danial ni tak pernah dengar Nama dia lagi.
minat sangat dgn Ustaz Don
Balaslah email saya
mmg minat dgn ustaz don..sgt best
akak saye jual karipap sayur, singgit je 1. :-)
*banyak le $$ nuffnang awak, RM100++ kan??
Post a Comment