October 06, 2011

Day 1: Cameron Highlands

Selepas perjalanan 4 jam ke Cameron Highlands, nak menjerit rasanya bila jumpa sign board sekolah: “SJK Cameron Highlands”. Sumpah tak percaya. Dekat macam ni aje?? Tibe-tibe timbul riak: “Gini gaya, balik hari pun bulehh”

 

Awal-awal pagi pukul 6am moh suruh haku kejut dia sebab nak sangat pergi amik gambar matahari naik. Kejut sekali aje terus bangun. Semangat! Walaupun pagi tu matahari bersorok di balik kabus. Kecewa dia. Tapi ada few photos yang haku suka:

DSC_1935DSC_1969

Walaupun kabur (sebab haku x edit) tapi nampak tenang kan? Cameron Highlands kalau tak peak kan memang kaku pun bandar dia..

 

Yang kanan tuh, pokok hape tuh eh? Yang ni tengok memang haku suka.

 

Ohh, dia pergi sorang aje tengok matahari naik. Haku sambung tido bersama Qaiser.

 

 

Pergi Cameron Highlands, apa lahh attraction nye! Tapi bangun pagi dan nampak restoran menjual roti canai, rasa nak menciom tar atas jalan ni. Seronok haku! Tapi dia x buat roti canai pagi tu sebab pekerja dia datang lambat. Kecewa haku bedal nasi lemak sepinggan setengah (Kecewa tuh! Kalo x kecewa tak tahu lahh)

 

Then pi Bee Farm. Sekejap aje ke sana sini.

 

Kemudian Ladang BOH, Sungai Palas;

DSC_2004 

Ni photo versi tak edit lah. Haku amik je dari folder. OK, teh dia yang paling mahai hanyalah harga RM4.90 . Kalo ko nak budget-budget, bole la beli kongsi minum dengan kawan-kawan feeling-feeling lepak kat atas tu kan..

 

Melihat pemandangan hijau je sana-sini memang tenang kepala kau. Eh, tapi jangan beli kek / muffin / menda makan-makan lah (kalau ko budget lah). Mahai.

DSC_2066

Sepotong kek ni kalo x silap, RM6++. Tak sedap hokeh.

bohteh

Banyak jugak teh  kitorang bedal. Teh perisa la x perisa. Pelik ntah haku orang invent buat the macam-macam jenis.

 

OTW nak keluar dari kawasan tu, jem la pulak.. Kebetulan dorang tengah punggah daun teh yang baru lepas dikerat guna machine. Ko nampak sorang pekerja baru poyo-poyo nak cabut daun the tu? Over sangat..

DSC_2169

Okeh, budak ni pun. Sama naikk.. Last-last dia pi campak-campak daun teh ke tanah. Dah la ini antara daun teh yang berkualiti. Gred A hokehh! Nampak photo atas tuh haku tunjuk: daun beserta putik nye sekali. Itu lah daun teh yang terbaik

 

-_-“

 

Memang jem. Jalan kecik, keta banyak. Last-last singgah aje ladang strawberry area situ. Tapi so-so aje, Jahhh.. Kecik, tak berapa cool.

 

Tapi lepastu pergi jugak Ladang Strawberry Taman Agro Al-Mashoor. Moh ni ha kempunan sangat nak makan strawberry dengan whipped cream+gula halus.

DSC_2195DSC_2196

Kiri dengan gula, kanan dengan madu. Memang moh makan sungguh-sungguh. Dah nak sangat kan.. Haku memang tak boleh masuk. Sebab whipped cream dia berasa susu sangat. Haku kan memang kalah dengan white milk!

image

Bagi haku, strawberry dan Hershey’s Chocolate Syrup memang kombinasi yang paling best!

 

Haku nak share 1 photo Qaiser yang paling haku suka:

kaki

Mula-mula haku cakap; “Dik, kaki tuh buat macam mommy, gini..”

Tengok hasil result nya. Asal sepak tiang sudehh

13 comments:

Adda Shariff said...

weyh gi cameron gak nko? haha biler gi..aku baru gi last wiken..mmg le takde mende sgt ork..tp layan sejuk la! haha

pena rozie said...

nak g...nak g...nak g....

shila ariff said...

wah..........rindu jugak nak pi sana (CH)...sonok..sejuk dinihari..strawberinya........huhuhu...

rara pinkmafia said...

cameron skrg dh tak sejuk cm dulu.dulu sejuk sgt.tp tetap besh.kan kak.

~najwa~ said...

rindunya nak gi cameron ;pcomel kaki model kat bawah tu ;P

smms said...

tidur mana kat cameron ? dari cameron ke fraser hill brapa lama perjalanan ? ada signbord ke ? i plan nak bawa parents p cuti balik msia ni.

karipapsayur said...

adda: lama doh wehh.. mid Sept aritu. tp malas gila nk buat entry. malam je sejuk. siang hari x langsung kann

karipapsayur said...

shila: ms p tu strawbery x manis pun. masam jugakk

karipapsayur said...

rozie: bila mengenang tol hanya belas2 aje.. tu rs bole consider utk pegi lagi. Lagi mahal p KL drp p CH ni

karipapsayur said...

rara: utk sesekali pergi ok lah.. tp mungkin lebih best dan murah brg2 dia bila pergi time non-peak kann

karipapsayur said...

najwa: =)

karipapsayur said...

smms: budget hotel biasa aje.. Nama Kavy. Tp letih memanjat tangga. Malam-malam area Kavy hotel ni ada pasar malam. Dekat je jln kaki. Fraser Hill kan naik kat Raub.CH-Raub dalam 2jam. Tp kalo hujan, lama sikit lah.

blog-tips-kurus said...

sebab Qaiser yg posing macam tu, menten comel ok!! :-)

Post a Comment